Fakta Tentang Perniagaan MLM
Apabila disebut sahaja tentang
perniagaan Multi Level Marketing (MLM), ramai orang sudah pun berfikir negatif malah tidak mahu mendengar langsung hujah dan tidak mahu melihat kebaikan disebalik perniagaan ini. Sebenarnya
perniagaan MLM amatlah mudah dilakukan. Pengalaman saya di dalam industri Multilevel Marketing selama 4 tahun telah mengajar saya erti sebenar
perniagaan di dalam industri ini. Perkongsian saya dengan pelbagai kenalan, sahabat dan orang ramai mengenai perniagaan Multi Level Marketing telah banyak membantu mereka mengenal erti sebenar industri ini. Sebelum ini, ramai yang salah anggap ataupun salah faham mengenai perniagaan MLM. Kebiasaaanya mereka sangkakan
perniagaan ini adalah hasil dari usaha mereka berseorangan. Walhal ramai jaguh-jaguh MLM telah menyatakan dan telah berulang-kali menyatakan dengan pasti bahawa MLM adalah perniagaan mudah tanpa risiko yang boleh membuatkan seseorang itu memperolehi pendapatan sampingan yang diluar jangkaan diatas usaha keseluruhan kumpulan bukannya usaha berseorangan. Di dalam perniagaan MLM, perkara utama sekali yang perlu dititik beratkan adalah "Education" atau lebih dikenali sebagai pendidikan atau ilmu di dalam
perniagaan MLM. Setiap pekerjaan yang kita lakukan sekarang sebenarnya diiringi dengan ilmu. Tanpa ilmu, mungkin kita tidak berada di posisi pekerjaan kita sekarang. Persoalannya sekarang, mengapa kita perlukan ilmu di dalam industri ini? Tujuannya adalah untuk kita belajar & berlatih supaya menjadi lebih yakin dan mahir di dalam industri ini. Apabila kita yakin dan diiringi dengan ilmu di dada, pasti anda boleh lakukan
perniagaan ini dengan mudah.
Di sini saya akan membantu anda menghuraikan dengan lebih lanjut lagi perkara-perkara yang perlu dilakukan atau dielakkan di dalam perniagaan MLM. Saya akan huraikan kepada anda, kenapa kita perlu buat perniagaan Multi Level Marketing atau MLM. Perniagaan ini juga dikenali sebagai Direct Selling atau Network Marketing. Ramai yang masih kurang faham tentang perniagaan ini. Sebenarnya, perniagan MLM memang mudah dilakukan dan tiada risiko, tetapi kebanyakan syarikat telah ambil kesempatan di atas kepercayaan orang ramai dan telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia kurang yakin dengan perniagaan MLM dimana syarikat-syarikat atau pemimpin syarikat berkenaan telah memutar-belitkan sistem perniagaan MLM daripada mudah kepada sukar diterima oleh rakyat Malaysia. Mereka telah menjadikan perniagaan MLM ini sebagai satu skim yang kebanyakannya merupakan atau menghampiri skim cepat kaya atau piramid. Untuk pengetahuan semua, syarikat MLM yang sebenar akan mengeluarkan produk pengeluaran syarikat mereka. Jika tanpa produk, syarikat ini melakukan skim cepat kaya dimana disini anda hanya laburkan duit sahaja & hujung bulan anda akan menerima wang ringgit mengikut percent (%) yang diberi (mungkin 5% atau 10%). Skim piramid juga memerlukan anda untuk melabur wang, tetapi yang untung adalah orang yang di atas sekali iaitu yang keahliannya bermula dengan 001. Walau sebesar mana usaha anda, sesungguh mana usaha anda sekalipun, yang pasti anda tidak akan dapat 'bit' upline anda. Untuk tidak mengecewakan diri anda, saya akan memberikan tips kepada anda iaitu anda perlu lakukan beberapa perkara sebelum anda sertai syarikat MLM.
Untuk itu, ikutilah langkah-langkah berikut :
A. Semak Nama Syarikat yang bakal anda sertai. Anda perlu semak dengan kementerian perdagangan dalam negeri & hal ehwal pengguna (kpdnhep) mengenai status syarikat MLM yang bakal anda sertai itu. Cara mudah untuk mengetahui samada syarikat MLM yang bakal anda sertai itu adalah syarikat MLM yang berdaftar dengan kementerian perdagangan atau tidak, anda boleh klik pada pautan berikut : http://www.kpdnhep.gov.my
Anda perlu pastikan syarikat MLM ini berdaftar dengan kementerian perdagangan dalam negeri. Anda boleh hubungi terus dengan kpdnhep melalui nombor telefon kpdnhep yang tertera di laman web kpdnhep bagi menyemak status syarikat MLM yang berkenaan bagi menguatkan lagi keputusan anda untuk sertai syarikat berkenaan.
B. Setelah anda berpuas hati dengan syarikat, kita lihat pula tentang Produk Pengeluaran Syarikat. Adakah produk syarikat MLM berkenaan berkualiti yakni bertaraf GMP (Good Manufacturing Products). Kebiasaannya setiap syarikat pasti mengeluarkan produk yang bertaraf GMP. (Anda boleh lihat pada kotak atau botol produk berkenaan). Kebiasaanya produk syarikat yang bertaraf GMP tidak dapat dinafikan kebaikannya. Disini, anda anda perlu pastikan bahawa adakah mudah untuk anda memperkenalkan produk syarikat berkenaan kepada setiap golongan manusia terdiri daripada golongan tua & muda atau untuk semua golongan masyarakat? Anda perlu memastikan produk tersebut anda boleh guna sendiri dan anda akan kerap gunakan produk syarikat MLM anda serta mudah untuk anda memperkenalkan kepada setiap golongan masyarakat. Sekiranya produk itu terlalu sukar untuk diperkenalkan kepada setiap golongan, bermakna sukar untuk syarikat ini berkembang kerana produk terhad dan sukar untuk dipasarkan. Pastikan produk syarikat berkenaan sesuai untuk setiap golongan. Kebiasaannya syarikat MLM yang berdiri kukuh sehingga hari ini memasarkan produk kesihatan & produk kegunaan harian. Produk syarikat seperti ini pasti mudah untuk anda memperkenalkan kepada setiap golongan.
C. Anda berpuas hati dengan syarikat dan produk? Sila lihat Pelan Pemasaran (Marketing Plan) syarikat MLM berkenaan. Pastikan pelan pemasaran syarikat MLM berkenaan mudah untuk dicapai dan bukan sekadar nampak menarik di atas kertas sahaja. Pelan pemasaran yang mudah dicapai dan adil bagi setiap pengedar pasti akan menarik ramai golongan untuk sertai syarikat MLM. Sekiranya pelan pemasaran syarikat MLM berkenaan yang boleh menarik minat, adil & mudah capai, ini boleh membuatkan minat anda tertarik dengan pelan pemasaran syarikat. Sekiranya anda tertarik dengan pelan pemasaran syarikat berkenaan, mudah untuk anda memperkenalkan perniagaan MLM ini kepada rakan-rakan, saudara-mara & adik-beradik anda? Pasti mereka juga akan berminat dan sertai ANDA.
D. Cari upline yang boleh membimbing anda sehingga berjaya. Perkara yang terpenting di dalam perniagaan MLM adalah 'Education' iaitu bimbingan. Sekiranya tiada bimbingan, bagaimana hendak mencipta kejayaan. Tanpa bimbingan yang betul daripada pemimpin MLM atau 'Leader MLM', ramai yang akan gagal & tidak berjaya di dalam MLM. Kejayaan seorang pemimpin MLM adalah bergantung kepada downline nya yang berjaya. Pemimpin MLM yang berjaya pasti akan mendidik downline nya sehingga berjaya. Inilah yang dinamakan proses duplikasi. Bagi downline atau pengedar baru, mereka perlu cari orang yang dapat membimbing mereka sehingga berjaya, bukannya upline yang kategori "hit & run" atau taja & tinggalkan. Di dalam MLM, anda perlu bersedia belajar dari upline yang berjaya dan menerima tunjuk ajar dari orang yang berjaya. Bukan hanya mengikut ego anda yang tidak mahu menerima pendapat orang lain.
Setelah anda berpuas hati dengan kesemua perkara di atas, daftarkan diri anda dengan syarikat MLM berkenaan dan belajar segala perkara mengenai syarikat MLM yang anda sertai melalui 'UPLINE' yang telah anda pilih untuk jadi pemimpin anda. Belajar dengannya selok-belok tentang syarikat MLM, langkah nak berjaya di dalam MLM, strategi kumpulan anda, perkara yang perlu anda lakukan untuk berjaya di dalam MLM & yang paling utama ANDA perlu belajar mengenai Industri MLM sehingga anda rasa berpuas hati mempunyai pemimpin seperti UPLINE anda.